APA YANG DISOROKKAN HINGGA TERDESAK MAHU RAMPAS PUTRAJAYA?

Mengapa Tergesa Mahu Rampas Putrajaya?

 

 

 

Kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam seakan memberi isyarat Pakatan Harapan kian terdesak mengambil alih semula tampuk pemerintahan dalam masa terdekat. Beliau menyatakan demikian dalam satu temubual. Khalid turut mengesahkan PAKATAN HARAPAN sudah ada nama bakal PM sekiranya berjaya melaksanakan rancangan mereka kelak.

Menurut Khalid lagi, PH sudah bersedia membawa usul undi tidak percaya selain membuktikan mereka beroleh sokongan majoriti ahli parlimen bagi menyokong bakal calon PM Ke-9. Malah beliau turut mencabar Tan Sri Muhyiddin membuktikan masih mempunyai sokongan majoriti dalam parlimen yang menurutnya hanya ada 113 sokongan berbanding 114 sebelum ini.

Sebalik semua perancangan Pakatan Harapan dan kenyataan Khalid, ada persoalan besar timbul. Mengapa begitu terdesak mahu merampas semula dengan berpaksikan mandat rakyat? Indikator rakyat semakin menolak corak pemerintahan PH telah diterjemahkan dalam 5 PRK sepanjang 2019. Lebih mengejutkan kawasan yang dimenangi PH dengan majoriti besar pada 2018, tumbang dengan rekod baru yang dicatatkan.

Apakah yang membuat PH terdesak sangat? Semasa pandemik covid19 bermula, PH tidak bersungguh menangani masalah malah Menteri Pelancongan ketika itu memberitahu media, pihak Kementerian tidak menghalang kemasukan pelancong terutama dari China dengan alasan mereka adalah orang sihat. Malah Tun Mahathir sendiri mempersendakan kemasukan pelancong dan mengaitkan kandang lembu untuk dijadikan tempat pengumpulan pelancong asing.

 Mungkin masih ingat ada kenyataan daripada seorang Menteri ketika itu mahu membawa pulang puluhan ribu rakyat Malaysia dari Wuhan yang merupakan pusat penularan wabak Covid19. Adakah ‘Rakyat Malaysia’ yang dimaksudkan Menteri itu kalangan ‘pelancong asing’ yang didapati tidak keluar dari Malaysia mengikut statistik Ketua Audit Negara dalam laporan 2018/2019?

Mungkinkah juga wujud skandal tertentu yang perlu diselesaikan PH sebelum terbongkar? Penjualan aset aset tertentu negara juga menjadi isu dalam Pakatan Harapan ketika memerintah dan kemungkinan wujud skandal melibatkan pemimpin PH bakal dibongkarkan jika mereka tidak mengambil alih segera tampuk pemerintahan. Sedia maklum seorang individu yang dikaitkan dengan Khalid Samad telah ditahan pihak berkuasa untuk siasatan unsur rasuah dan broker. Seorang lagi bekas Menteri pula mengaku kehilangan wang tunai dari peti besi dalam jumlah yang banyak dan masih dalam siasatan? Banyak lagi Kementerian yang menunggu untuk siasatan salahlaku yang dilakukan selama PH memerintah dan ini mungkin menyebabkan kegusaran mereka. Untuk menutup semua dari terbongkar mereka perlu segera kembali ke Putrajaya.

Baca – SKANDAL PENJUALAN ASET NEGARA?

Pendedahan Raja Petra berkenaan serangan pihak yang menerima sejumlah wang upah bagi menyerang kerajaan sekarang mungkin ada kaitan dengan keyakinan kenyataan Khalid Samad. Tidak mustahil gerakan sudah bermula dan kemungkinan ‘pembelian sokongan’ ahli parlimen sedang berlaku bagi memastikan Muhyiddin ditumbangkan. Sudah pasti taruhan kali ini lebih besar kerana PH memerlukan kelebihan 5 hingga 10 undi memihak kepada mereka dalam usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin. Siapa yang akan berjaya di ‘beli’ hanya akan diketahui pada sessi Sidang Dewan Rakyat yang dijadualkan pada Julai 2020.

Kini terpulang kepada Muhyiddin selaku Perdana Menteri mengambil langkah perlu jika mahu meneruskan tempoh pemerintahan sehingga cukup tempoh parlimen sehingga PRU15 yang akan tamat selewatnya pada Mei 2022.

2 thoughts on “APA YANG DISOROKKAN HINGGA TERDESAK MAHU RAMPAS PUTRAJAYA?

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
%d bloggers like this: